Antenna ini agak berkuasa sedikit kerana ianya mempunyai banyak elemen. Sekiranya ia disertakan dengan booster (penguat isyarat TV) dan dihalakan ke Medan, Indonesia (bagi penduduk utara Malaysia), anda boleh menerima lima saluran TV swasta dari sana iaitu INDOSIAR (CH 23), TPI (CH 25), ANTEVE (CH 29), RCTI (CH 33) dan SCTV (CH 35). Untuk penduduk selatan Malaysia, cuba halakan antenna ini ke Pulau Batam.
Ukuran (dalam cm)
Panjang elemen A = 14.3 Jarak AB = 8.6
Panjang elemen B = 14.3 Jarak BC = 8.6
Panjang elemen C = 15.2 Jarak CD = 9
Panjang elemen D = 15.2 Jarak DE = 9
Panjang elemen E = 16.1 Jarak EF = 9
Panjang elemen F = 16.1 Jarak FG = 9.5
Panjang elemen G = 16.6 Jarak GH = 9.5
Panjang elemen H = 16.6 Jarak HI = 9.5
Panjang elemen I = 18 Jarak IJ = 9.5
Panjang elemen J = 18 Jarak JK = 10.5
Panjang elemen K = 19 Jarak KL = 10.5
Panjang elemen L = 19 Jarak LM = 10.5
Panjang elemen M = 19 Jarak MN = 8.6
Panjang elemen N = 20 Jarak NO = 7.6
Panjang elemen O = 23.76 Jarak OP = 14.3
Panjang elemen P = 26.6
Sambungkan kabel antenna pada skru X dan Y.
Oleh kerana antenna ini agak berat sedikit, maka tiangnya mestilah diletakkan pada sokongan yang dibuat seperti dalam gambarajah iaitu pada titik Z.Antenna VHF (Very High Frequency) untuk CH 5 - CH 12 Bukan semua TV3 yang dipancarkan menggunakan gelombang UHF (Ultra High Frequency). Ada juga yang dihantar dengan gelombang VHF. Umpamanya kawasan Melaka yang menerima pemancaran dari Gunung Ledang (CH 12), Ipoh dari Bukit Keledang (CH 11) dan KL dari Bukit Besi (CH 12). Oleh itu penggunaan antenna UHF untuk menerima gelombang VHF tidaklah begitu praktikal kerana isyarat yang diterima tidak begitu memuaskan. Kerana lagi tinggi saluran TV itu, lagi kecil antennanya.
Untuk membuat antenna VHF, di bawah ini adalah rekabentuk komersial yang biasa dijual di kedai-kedai. Anda boleh membinanya sendiri daripada antenna yang lama ataupun membeli bahannya dari kedai aluminium.
Ukurannya (dalam cm)
Panjang elemen A = 60 cm Jarak AB = 21 cm Panjang elemen B = 60 cm Jarak BC = 21 cm Panjang elemen C = 60 cm Jarak CD = 16 cm Panjang elemen D = 75 cm Jarak DE = 28 cm Panjang elemen E = 84 cm
Kabel antenna disambungkan pada titik X dan Y.
Antenna ini diukur pada frekuensi 600 MHz di mana frekuensi ini sesuai untuk CH 30 - CH 40. Walau bagaimanapun, saluran yang lain masih boleh diterima dengan elok.
Ukuran (dalam cm) Panjang elemen A = 18 Jarak AB = 10 Panjang elemen B = 19 Jarak BC = 10 Panjang elemen C = 20 Jarak CD = 10 Panjang elemen D = 20 Jarak DE = 11 Panjang elemen E = 20 Jarak EF = 9 Panjang elemen F = 21 Jarak FG = 8 Panjang elemen G = 26 Jarak GH = 15 Panjang elemen H = 28
Sambungkan kabel antenna pada skru X dan Y. Letakkan tiang antenna di Z.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar